Friday 22 July 2011

macarons oh mak gerun

Sebenarnya dah lama saya membuat macarons ni, tapi tak sempat nak berentri, asyik terlupa je. Bila tengok sini orang orang duk bercerita pasal macarons, mulalah menggeletis nak cuba.

Dari satu resepi ke satu resepi saya baca dan fahami. akhirnya terbuat juga macaron apabila membaca entri dari Blog Kak Ita.


Tengok cara membuatnya tersangatlah rumit. Jadi kalau nak buat haruslah hari minggu, tengok cuaca juga. Oklah, malah nak membebel lagi, jom kita lihat resepi yang diambil dari blog Kak Ita

MyKitchen's Recipe

MACARONS
By: Yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):


2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je..  (saya ganti dengan strawberi filling)



Cara-cara:

1. Ayak almond powder dengan gula aising.
2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.


Masa buat macaron ni hati saya berdebar-debar. Masa menunggu adunan kering, saya mula risau kerana kaki macarons tak keluar. Dalam hati terdetik, memang sah macarons saya dah menajdi mak gerun. Namun saya cekalkan hati dan terus membakarnya.

Alhamdulilah, bila bakar, kaki macarons pun terkeluar. Bila tanya kawan-kawan, barulah saya tahu yang kaki macarons keluar bila dibakar, bukan masa menunggu kering tu, sob-sob, tersalah baca resepi la kot saya nie :p

Mungkin inilah cubaan pertama dan terakhir saya untuk membuat macaron kerana tidak menepati selera keluarga saya. Pendapat saya terlalu manis, tapi lain orang lain pula seleranya kan?

Baiklah, kalau nak tengok cara buat macaron step by step boleh lihat di blog Kak ita ya, :)

11 comments:

  1. Salam idazs...
    cantik lah macarons idazs..

    ReplyDelete
  2. mmg susah la buat macaroon ni...

    ReplyDelete
  3. geramnya tgk macarons ni.. cutelah..

    ReplyDelete
  4. erm..stju ngan kak ida...ianya mmanis dan rumit.. vill org nak order pun tak sanggup nak buat sape nak mkan klu lebih...manis..

    ReplyDelete
  5. wahhh cantik skirtnya tuuuu hehe menjadi comel je

    ReplyDelete
  6. cantik macaron Ida..k.nanie pernah beli je tak kuasa nak buat hehehe..tapi memang tak lalu telan manis sangat huhuhu

    ReplyDelete
  7. wah... cantiknya macaron dia... pertama dan terakhir yer.. hehe... akak langsung belom mencubanya. suami akak tak bg.

    ReplyDelete
  8. Mama Hawa/Mama Nani : salam, tq. tp ada juga yang menggerutu dan senget2. kihkihkih

    :: Mrs.Eady ::mmg susah, renyah!

    Murni Delights: kak dia pun sama, ada yg nak tempah, tapi kak ida tolak, dan ckp awal2 manis giler. tu pun kak ida dah buh filling strawberi+lemon biar rasa neutral

    ReplyDelete
  9. Lia : tq lia, tp manisnya ya ampun, kalu kerap mkn konfem kena diabetes ni. hikhikihk

    Wani : alhamdulilah, keluar juga skirtnya, mula-mula buat ingtakan dan tak jadi

    ReplyDelete
  10. Naimatul Hafizah Nor Rodin : itulahkan, pertama dan terakhir, ahahahaha, macam lagu jamal abdillah, kekasih awal dan akhir :P

    ReplyDelete
  11. erk ! kaki macaroons???! huhu.. pandai kak ida buat.. zte penah beli sekali kt empire... pun rasa cukuplah sekali... manis melenting2... ! huhuhu... indah khabar je dr rasa kan! hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...