Tuesday 26 July 2011

Vercimili chicken olio

Vercimili merupakan kegemaran saya. Jika sebelum ini saya suka menggunakan spagethi, sekarang tidak lagi. Kami sekeluarga lebih sukakan vercimili. Untuk berbuka puasa khamis lepas, saya membuat vercimili chicken olio.

Jom lihat resepinya, mudah sahaja


Bahan Bahan:
• Segenggam vercimili direbus sehingga lembut dan kemudian toskan
• 4 sb extra virgin olive oil
• 3 biji bawang putih didadu halus
• 1 keping dada ayam dipotong dadu
• 1/2 biji capsicum merah
• 1/2 biji capsicum hijau
• 1 sb serbuk pati ayam
• 1 sb italian herbs
• 5 helai daun oregano
• garam
• 1sb jus lemon


Cara membuatnya :
1. Panaskan olive oil dan tum,is bawang putih sehingga naik bau
2. Kemudian, masukkan isi ayam dan lemon jus serta gaul rata. Biarkan sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan serbuk pati ayam dan kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan vercimili dan juga capsicum, gaul rata dan perasakan dengan garam
5. Masukkan Italian herbs, daun oregano dan sebatikan. Apabila telah sebati, tutup api dan bolehlah dihidangkan.
6. Bagi yang suka pedas, bolehlah taburkan chilli flakes dan juga serbuk keju diatasnya.

• Vercimili boleh juga digantikan dengan spagethi, mengikut selera masing-masing.
• Ayam boleh digantikan dengan udang, sotong, isi ketam dan seafood lain mengikut citarasa masing-masing. :)

Monday 25 July 2011

Kerabu tomato ikan bilis

Kerabu memang sedap dimakan sebagai pembuka selera. Saya memang suka semua jenis kerabu, dan paling digemari sudah semestinya kerabu mangga. Namun baru-baru ini saya mencuba pula kerabu tomato ikan bilis. Wallah, sedap weh!

Jom lihat resepinya.


Resepi ini diambil dari SINI, tetapi saya telah mengubahsuai sedikit mengikut selera saya, eheheheheheh

Bahan-bahan ( 3-4 org )
2 biji tomato - buang empulurnya dan dihiris
segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
1/2 biji bwg besar - dihiris  (saya guna sebiji)
3-4 biji cili padi (bergantung tahap kepedasan) - dihiris
1 btg serai - dihiris
garam
gula
jus lemon - optional
pak aji - klu suka (saya tak letak)
4 urat kacang panjang dipotong bulat (saya tambah)
setangkai daun kesum (saya tambah)

Cara-cara
1.Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bahan-bahan. Perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
2.Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT MenCube...

Friday 22 July 2011

macarons oh mak gerun

Sebenarnya dah lama saya membuat macarons ni, tapi tak sempat nak berentri, asyik terlupa je. Bila tengok sini orang orang duk bercerita pasal macarons, mulalah menggeletis nak cuba.

Dari satu resepi ke satu resepi saya baca dan fahami. akhirnya terbuat juga macaron apabila membaca entri dari Blog Kak Ita.


Tengok cara membuatnya tersangatlah rumit. Jadi kalau nak buat haruslah hari minggu, tengok cuaca juga. Oklah, malah nak membebel lagi, jom kita lihat resepi yang diambil dari blog Kak Ita

MyKitchen's Recipe

MACARONS
By: Yani

Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):


2 biji (80gm) telur putih L size
60gm gula kastor
80gm almond powder
120gm gula aising
sedikit esen vanila
inti :- sy guna chocolate filling je..  (saya ganti dengan strawberi filling)



Cara-cara:

1. Ayak almond powder dengan gula aising.
2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. ( Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.


Masa buat macaron ni hati saya berdebar-debar. Masa menunggu adunan kering, saya mula risau kerana kaki macarons tak keluar. Dalam hati terdetik, memang sah macarons saya dah menajdi mak gerun. Namun saya cekalkan hati dan terus membakarnya.

Alhamdulilah, bila bakar, kaki macarons pun terkeluar. Bila tanya kawan-kawan, barulah saya tahu yang kaki macarons keluar bila dibakar, bukan masa menunggu kering tu, sob-sob, tersalah baca resepi la kot saya nie :p

Mungkin inilah cubaan pertama dan terakhir saya untuk membuat macaron kerana tidak menepati selera keluarga saya. Pendapat saya terlalu manis, tapi lain orang lain pula seleranya kan?

Baiklah, kalau nak tengok cara buat macaron step by step boleh lihat di blog Kak ita ya, :)

Thursday 21 July 2011

Udang Lipan Sambal Telur

Pernah makan udang lipan tak? Ada yang panggil udang lipan, ada pula yang panggil udang ketak dan ada juga yang panggil cak bubu.

Ini merupakan kali kedua saya makan udang lipan. Kali pertama di rumah mertua, adik ipar yang masak dan kali ini saya sendiri pula yang cuba memasaknya. Mula-mula tengok macam geli sikit dengan rupa fizikalnya itu. Tapi isinya sangat sedap.




Jadi saya pun bersianglah udang lipan ini ikut cara sendiri. Potong kepala, dan duri-duri tepi serta belah kulit atas belakangnya, untuk memudahkan sesiapa yang memakannya.

Famili saya pula langsung tak pernah makan udang lipan ni, jadinya saya pun masaklah untuk mereka. Jom kita lihat cara memasaknya.


Bahan-bahan

1 kg udang lipan – dibuang kepala, dibelah kulit belakang dan cuci bersih
7 tangkai cili kering - (dikisar berasingan)
*4 biji bwg merah (dikisar)
*2 ulas bawang putih (dikisar)
*1 inci halia (dikisar)
*2 pokok akar daun ketumbar (dikisar)
1 biji telur
1 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
sedikit air
garam dan gula
minyak utk menumis
hiasan - daun ketumbar

Cara-cara
1. Kisar semua bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan udang lipan dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga udang lipan masak, dan kacau sekali-sekala
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau.
6.Pecahkan telur ke dalam mangkuk lain dan kacau dengan garfu.
7. Kecilkan api, tuang telur tadi ke atas udang lipan. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekejap dan tutup api.
8. Taburkan daun ketumbar dan bolehlah dihidangkan

Memang sedap bagi penggemar udang lipan. Yang lucunya, Ummi saya yang tak pernah makan ni makan dengan berseleranya. Katanya sangat sedap. Ehem-ehem, bila emak sendiri puji anak masak sedap memang confem sedaplah tu. Amacam Ummi, dah lawan tokey ke? hikhikhikhik

Wednesday 20 July 2011

Durian Chocolate Chip Cake

Durian!Durian!Durian!

Memang itulah hari-hari kami makan. Namun begitu balik kampung baru-baru ini memang tak dapat lari dari makan durian lagi. Bukan sedikit tapi banyak, pagi petang siang malam makan durian. Apabila pulang ke KL pun , ummi tetap bekalakan durian bertupperware-tupperware.

Untuk menghabiskan isi durian tersebut, maka saya mula membuat Durian Chocolate Chip Cake.


Resepi asal saya ambil daripada Che Mat Gebu, tetapi saya ubah sedikit. Jangan marah ya Che Mat. Saya pastekan resepinya di sini

BAHAN-BAHANNYA :
125 gram mentega berkualiti tinggi, (mat guna jenama Anchor) (saya guna jenama SCS)
100 gram gula halus @ gula kastor
2 biji telur gred "A"
150 g tepung roti (mat guna tepung gandum)* (saya guna tepung kek)
3/4 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
40 g serbuk badam
35 mililiter susu segar (mat guna susu sejat "IDEAL")
150 g isi durian, dilecek halus
Badam keping untuk hiasan (saya gantikan dengan chocolate chip)

CARA MEMBUATNYA :
1.Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 3 inci x 8 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar dengan kertas minyak. Satukan tepung yang telah diayak bersama serbuk badam, gaul rata. Ketepikan.
2.Putar mentega dan gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu dan teru memutar hingga kembang, jarak waktu untuk 1 biji telur ialah 1 minit. Masukkan puree durian dan putar sebati.
3.Perlahankan speed, masukkan tepung + serbuk badam tadi berselang seli dengan susu segar hingga habis. Putar rata.
4.Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur badam keping secukupnya atas adunan kek. Bakar 50 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan kek sebentar sebelum dikeluarkan dari tin. Biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.

Memang sedap, lembut, dan rasa lemak-lemak durian, bau pun memang semerbaklah.

Tuesday 19 July 2011

Moist Chocolate Cake

Minggu lepas ketika pulang ke kampung, anak buah saya meminta dua biji kek, satu untuk hari jadinya dan satu lagi untuk menjamu kawan-kawan sekelasnya kerana beliau mendapat anugerah tokoh murid. Mula-mula saya teringin membuat cheesecake, namun awal-awal lagi dia sudah memberitahu mahukan kek coklat dan strawberi. Saya pun akurlah dengan pemintaannya itu.


Resepi Moist Chocolate Cake ini saya ambil dari blog Kak Nor Secubit Garam. Dengan izin saya copy dan pastekan resepinya di sini

MOIST CHOC. CAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter


Cara:

1.Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2.Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4.Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5.Masukkan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6.Sejukkan atas redai kek.
7.Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas/susu cair kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan seketika supaya ganache tak terlalu cair masa curah atas kek.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.


Alhamdulilah, akhirnya menjadi juga kek tersebut walaupun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Siap sahaja kek saya terus balik KL. Memang langsung tak sempat nak rasa kek tersebut. Apepun saya gembira kerana permintaan anak buah saya berjaya dipenuhi dan dia pula sangat sukakannya :)

Monday 18 July 2011

Red Velvet Cake

Jika sebelum ini saya membuat red velvet versi cupcakes, Kali ini saya membuat versi kek pula. nyum-nyum..



Resepinya sama saja dengan RVCC

MyKitchen's Recipe
RED VELVET CAKE
source : Rima
copy : kak Nor

Ingredients
1 1/4 cup sifted flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp salt
1 tbsp cocoa powder - i used berry callebaut
1 tbsp red colouring - I used 1 1/2 tsp wilton red paste(no taste)
1/4 cup soft unsalted butter - 57g
3/4 cup sugar
1 egg
1/2 tsp vanilla extract
1/2 cup buttermilk - I used 1/2 cup whole milk plus 1/2 tbsp vinegar/lemon
1/2 tsp vinegar - i used heinz distilled white vinegar 5%
1/2 tsp baking soda

Cream cheese frosting
125g cream cheese
50g unsalted butter
110g powdered sugar - i reduced it to 80g
1 cup fresh cream, whipped until stiff - i used double cream

Method
1. Preheat oven to 175 degrees Celsius.
2. In one container, sieve flour, baking powder and salt. Set aside.
3. In a small container, combine cocoa powder and red coloring and stir well until form a paste (I added a little water).
3. Using a stand mixer, beat butter with sugar until light and fluffy. Add the egg, beat until blended. Add the vanilla extract and cocoa powder mixture, beat until well blended.
4. Add in sifted flour and buttermilk alternately. Beginning and ending with flour. (F-M-F-M-F)
5. In a small bowl, combine vinegar and baking soda and add it to ur batter. Stir well with a spatula. Pour into a 6" baking pan and bake it for 50mins or until cooked.
6. Let cool on wire rack.
7. Once cool, slice cake into two and spread cream cheese filling.. top it with the rest of ur cream cheese too... chill for a few hrs..

Cream Cheese frosting:
1. Beat cream cheese with butter until soft.
2. Turn mixer to low speed, add powdered sugar a little at a time. Whisk until well blended.
3. Add whipped cream, stir through with a spatula.


Nyum-nyum :)

Thursday 7 July 2011

Puteri mandi

Sudah lama tidak menaip entri di rumah saya ini. Tempoh dua minggu ini, anak saya sakit mata dan dimasukkan ke wad, sudahnya, dapur jarang berasap. Kalau berasap pun tak sempat nak postkan entri, hanya ambil gambar dan simpan sahaja. Nanti apabila keadaan kembali normal akan saya entrikan satu persatu.

Alhamdulilah, anak saya dah ok, malangnya mama pula yang sakit mata. sob-sob, sudah 4 hari MC. Menurut doktor,

"You must come and see me again, you need more MC"

Maknanya lambat lagila sakit mata saya nak baik. Tak seronok juga bila bercuti, tetapi kerja-kerja tengah berlambak atas meja. Tapi apakaan daya, kalau ke ofis, tak pasal-pasal nanti berjangkit dengan orang lain pula.

Ok, malas nak berceloteh lagi, semalam saya sempat membuat kuih puteri mandi. Tiba-tiba teringin nak makan. Mata saja yang sakit, tapi mulut tak sakit, jadi macam-macamlah nak makankan? ehehehehe..

Jom lihat resepi puteri mandi versi keluarga saya



Bahan-bahan


1 1/2 cawan tepung pulut
sedikit garam
1/4-1/2 cawan air
pewarna

cara membuatnya

1. Uli tepung pulut dengan air dan juga garam sehingga menjadi doh. Kemudian bahagikan kepada tiga adunan dan masukkan pewarna hijau, pink dan purle dalam setiap adunan. Uli lagi.
2.Bulatkan adunan sebesar biji guli. Kemudian Picit sedikit ditengahnyer sehingga berlekuk.
3.Panaskan air hingga didih. Masukkan tepung satu persatu hingga timbul dipermukaan.
4. Selepas itu angkat dan masukkan dlm air ais seketika kemudian toskan.

Untuk kelapa


50 gram gula merah
50ml air
60 gram kelapa parut
1 helai daun pandan
1/4 sudu kecil garam

Masak gula merah dan air hingga larut. masukkan garam, kelapa parut dan daun pandan. Kacau sehingga menjadi agak kering. tutup api dan biarkan sejuk.

Apabila kelapa telah sejuk, masukkan adunan puteri mandi yang telah ditoskan tadi. Kacau rata sehingga kelapa dan kuih puteri mandi sebati. Bolehlah dihidangkan mengikut kreativiti masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...