Thursday 9 August 2012

Laksa Terengganu Kuah Putih

Teringat memori masa zaman budak-budak dulu. Setiap kali menyambut syawal, pasti sanak saudara akan berkumpul di rumah moyang saya untuk membuat laksa gandum. Kemudian, masing-masing tukar shift pusing alat buat laksa yang diperbuat dari temabga tu. Seronok dan memang seronok. Namun begitu sekarang, memori membuat laksa gandum dengan alat tembaga tu sudah tiada lagi. sob-sob.

 Laksa gandum ini dipadankan dengan kuah putih, atau lebih dikenali sebagai laksa Terengganu. Kalau di KL ni saya memang langsung tak pernah jumpa lagi laksa gandum tu. Cuma kalau sekali sekala balik terengganu, kebetulan musim perayaan memang berpeluanglah makan laksa gandum. 

Baru-baru ini saya teringin nak makan laksa Terengganu. Jadi saya membuat kuahnya dan gandingkan dengan spaghetti. heheheheheheehehhe.. sedap weh! sebenaarnya mudah sahaja kalau nak buat laksa kuah putih ni. Jom lihat resepinya :)

 

Bahan-bahan 
1 genggam spaghetti 

 Untuk kuah
5 ekor ikan selayang (direbus dan diambil isinya)* 
5 ulas bawang merah*
1 inci halia * 
1 sudu kecil lada hitam* 
1 kotak santan 
Sedikit air
1 keping asam keping 
1 sudu kecil gula
garam secukupnya 

 Untuk ulaman
Timun dipotong halus memanjang
Kacang panjang dipotong bulat
Taugeh
Daun gajus dihiris nipis 
 (*boleh tambah apa-apa ulaman yang disukai) 

 Untuk sambal cili pula
1-2biji cili merah 
Sedikit belacan 
(kedua-dua bahan ini ditumbuk sehingga lumat)

 Cara membuatnya: 
1. Rebus spaghetti dan kemudian toskan. 
2. Untuk kuahnya pula, tumbuk semua bahan yang bertanda * 
3. Di dalam periuk, masukkan bahan yang ditumbuk tadi bersama-sama santan, air dan asam keping. Sentiasa kacau sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan garam dan juga gula secukup rasa dan siap untuk dinikmati. 
4. Untuk menikmati laksa kuah putih ini, masukkan spaghetti ke dalam mangkuk, kemudian letakkan kuah diatasnya. Taburkan ulam-ulaman yang disukai dan jangan lupa jika sukakan pedas, masukkan sambal cilinya

.

Mudah bukan? Saya kalau buat laksa ni memang asyik ulang makanlah, pastu letak sambal cili tu banyak-banyak. Memang menyengatlah! Zarin pun sangat menggemarinya.

 Selamat mencuba :)

Wednesday 8 August 2012

Singgang ikan tongkol (aya)

Kalau sebut ikan singgang pasti meleleh air liur. Serius saya memang hantu ikan singgang. Kalau hari-hari makan ikan singgang pun tak apa. Siap hirup kuah lagi. hehehehehe.. 

Kalau masak ikan singgang lawannya sudah tentulah budu atau sambal belacan. Ada pulak celur bendi, kacang panjang, kangkung, terung, ulam-ulaman dan seangkatannya. Perghhh, kalau mak mertua lalu konfem tak sedar dah. ^_^

   

Sebenarnya ikan singganglah yang paling mudah nak buat. Paling penting berkhasiat sebab rebus-rebus je kan. Jom lihat resepinya 

Bahan-bahan 
1 ekor ikan tongkol (aya) 
2 inci lengkuas dipotong
 2 keping asam keping 
2 ulas bawang putih dipotong dua 
2 inci kunyit dipotong
 6 biji cili padi 
Sedikit belacan 
Air secukupnya 
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan aya dan potong kepada beberapa bahagian kemudian toskan.
2. Dalam periuk masukkan ikan tongkol (aya) lengkuas, kunyit, asam keping, bawang putih dan juga air. Paras air ialah sehingga ikan tenggelam. 
3. Masak sehingga mendidih. Apabila mendidih masukkan belacan, garam secukup rasa dan cili padi. Kacau dan biarkan seketika sehingga semua bahan sebati. Kemudian boleh tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

* Ikan tongkol boleh digantikan dnegan ikan kembung atau pelaling

 

Kalau kawan-kawan ada resdung atau tak boleh makan belacan tak payah letakkan pun tak apa. Cuma kalau letak belacan rasa dan baunya lagi umpphh lah. Selamat Mencuba! 

Tengah fikir nak masak apa petangnya. Yang nyata resepi dari Terengganu lagi. Mungkin acar masak timun batang kot :)

Tuesday 7 August 2012

Nasi Daging, Kurma Daging dan Air Asam Kerisik

Memasuki bulan kedua kehamilan, saya teramat teringin nak makan nasi daging. Kalau kat KL ni, tak pernah lagi saya jumpa. Kebanyakan nasi daging dijual di sebelah utara. Bila dah teringin tu, mulalah saya menggoogle resepi. Pertama kali membuat nasi daging, saya tersangat kecewa kerana nasi daging tersebut tidak menjadi. Entah di mana silapnya, nasi tersebut lembik tetapi mentah. Frust dan bebal sangat-sangat. Dari masak dalam rice cooker, kemudian pindah kepada periuk kukusan, kemudian pindah lagi ke rice cooker. (kali ini masukkan air dalam mangkuk, biarkan menguwap) barulah masak nasi daging tu.

Tapi dah banyak sangat proses terus nasi jadi kembang semangkuk, lembik! Kalau tambah air sikit lagi confirm dah jadi bubur daging. ^_^. Tapi nasib baiklah suami, Zarin dan adik-adik ipar saya sangat supportive. Walaupun tak jadi, mereka tetap makan dengan seleranya. Rasa dah ada, Cuma nasi yang kembang. huhuhuhuhuhu

Selepas gagal cubaan nasi daging yang pertama, saya mula bertanya pada kawan-kawan di FB dan seorang kenalan memperkenalkan perencah nasi daging iman. Katanya confirm jadi. Maka saya terus bersemangat sebab teringin nak makan nasi daging yang sedap masih belum tercapai.

Jadi ahad yang lalu, saya pun mencuba lagi membuat nasi daging. Kali ini berdoa harap-harap menjadi memandangkan itulah menu yang akan kami makan apabila berbuka nanti. Alhamdulilah, menjadi. Sedap yang amat! Semua orang puji kata sedap dan Zarin pun makan sampai bertambah-tambah. Bila saya postkan gambar di FB, ramai juga yang bertanyakan resepinya. So hari ini saya ingin berkongsi resepinya dengan kawan-kawan juga sebagai catatan kepada saya sendiri apabila ingin membuatnya di lain masa.




NASI DAGING

Bahan-Bahan
3 cawan berasmathi (saya guna pusagold)
1 paket perencah Nasi Daging Iman (boleh dibeli di Tesco RM2 sepeket)
250 gram daging batang pinang.
Air rebusan daging secukupnya mengikut jumlah sukatan beras.

Cara Membuatnya:
1. Rebus daging sehingga empuk dan asingkan air rebusan dan daging. Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi daging nanti.
2. Basuh beras sehingga bersih dan rendamkan 10 minit kemudian toskan.
3. Bancuh perencah nasi daging iman dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
4. Dalam periuk, panaskan 8 sudu makan minyak masak. Kemudian tumiskan perencah yang telah dibancuh tadi sehingga naik bau.
5. Selepas itu masukkan 3.3 cawan air rebusan daging, kacau sebati dan tunggu sehingga mendidih. (Untuk berasmati jenis pusagold yang saya guna, sukatan air yang disyorkan untuk 1 cawan beras ialah 1.1 cawan air. Saya menggunakan cawan teh corelle. Untuk lebih mudah, saya sukat dalam ml. Jadi untuk 1.1 cawan air bersamaan dengan 215 ml. Jadi jumlah air yang saya masukkan ke dalam periuk ialah 645 ml).
6. Selepas mendidih, pindahkan kesemua bahan-bahan tadi masuk ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan beras dan juga daging, kacau sekejap kemudian masak nasi seperti biasa.
7. Apabila nasi sudah masak, biarkan selama 15 minit. Kemudian dengan menggunakan garfu gemburkan nasi. Tujuan menggunakan garfu ialah supaya nasi peroi dengan elok.
8. Untuk hidangan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup dan daun bawang.
 


Nasi daging sememangnya enak dimakan bersama-sama dengan kurma daging. Jom lihat resepinya pula.

KURMA DAGING

Bahan-bahan:
500 g daging batang pinang dipotong ikut suka 1 biji besar (dihiris nipis)* 3 ulas bawang putih ((dihiris nipis)*
1 inci halia (diracik halus)*
2 peket rempah kurma adabi
2 biji cili merah belah 2
1 biji bawang besar dipotong 4
3 biji kentang dipotong 4
1 kotak santan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya
garam dan gula secukupnya.

Cara Membuatnya:
1. Bancuhkan 2 peket rempah kurma adabi dengan sedikit air sehingga menjadi pes.
2. Di dalam periuk, panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang bertanda *. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dan tumis lagi sehingga naik bau. Selepas itu masukkan daging dan juga air secukupnya. Kacau sebati dan biarkan daging masak sehingga empuk.
4. Apabila daging telah empuk, masukkan kentang, dan juga santan. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air. Masak lagi sehingga empuk. Apabila kentang telah empuk, masukkan bawang besar yang dipotong empat dan juga cili merah besar. Selepas itu, masukkan garam dan juga gula secukup rasa. Bila sudah sebati tutup api dan siap untuk dihidangkan.



Dan satu lagi set pelengkap untuk menikmati nasi ialah air asam kerisik. Nyum-nyum. Air asam ni memang tak boleh tinggal. Jika tidak terasa janggal pula.

AIR ASAM KERISIK

Bahan-bahan
• * 2 biji cili besar di potong
• * 10-15 biji cili padi dipotong
• * ½ cawan air asam jawa
• * 1 inci belacan •
* Garam dan gula secukup rasa
• 2 biji tomato ( dibuang empulur/ biji dan dipotong dadu)
• 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
• 1 sudu makan kerisik

Cara membuatnya
1. Semua bahan yang bertanda * dikisar sehingga sebati.
2. Di dalam mangkuk, satukan bahan yang dikisar bersama-sama dengan tomato, bawang dan juga kerisik.
3. Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.



Fuh!!!!! Berpeluh nak tulis resepi nasi daging bersama set pelengkapnya ini. Sebenarnya kalau taknak masak kurma daging pun tak apa. Terpulang pada selera masing-masing. Kalau makan nasi daging dengan air asam kerisik saja pun dah sedap. Cuma kalau ada kurma daging, lagi bertambah seleralah, ada kuah-kuah sikitkan. Nyum-nyum

Selamat mencuba :)

Monday 6 August 2012

Masak lemak daging salai

Bulan puasa, masuk sahaja waktu petang, saya dan beberapa rakan di ofis mula bertanya sesama sendiri apa menu berbuka hari ini. Masing-masing buntu tak tau nak masa apa dah. Suatu hari saya terlepas cakap kat ofismate (Kak Yan) yang saya teringin nak makan daging salai. Tetapi tak reti macam mana nak salai daging. Ditambah-tambah dengan keadaan rumah saya (rumah burung) lagi menyulitkan untuk menyalai daging. Kalau boleh tak nak yang bakar microwave, nak makan yang salai rasa asap-asap tu.

Rezeki ibu mengandungkan, KaK Yan kata dia nak balik kampung dan biar dia salaikan kat kampung. Oh, terima kasih kak yan (hug).


Rupa-rupanya mudah sahaja untuk membuat masak lemak ini. jom kita lihat resepinya.

Bahan-bahan:-
1/2kg daging - salai kemudian hiris nipis
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat 3cm kunyit hidup - blend halus
30 biji cili padi – blend (boleh dikurangkan)
2 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit dihiris
1 keping asam keping
Sedikit belacan (blend)
Garam secukup rasa
Seikat pucuk ubi

Cara-cara:-
1. Salai daging, potong dan ketepikan.
2. Celur Pucuk ubi dan kemudian toskan.
3. Masukkan santan cair, serai, asam keping, kunyit hidup, belacan dan cili api yang sudah diblend ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau.
4. Bila mendidih masukkan daging, daun kunyit, garam, dan santan pekat. Kacau lagi hingga mendidih.
5. Masukkan pucuk ubi yang telah dicelur, apabila sebati dan mendidih, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.



Resepi asal diambil dari http://arena184.blogspot.com. Kemudian telah diolah sedikit sebanyak berdasarkan resepi yang diberikan oleh kak yan, ofismate saya.

Alhamdulilah, masak lemak daging salai saya menjadi, kali pertama cuba msak lemakkan. Suami kata tak payah beli kat restoren 911 dah. Kalau boleh setiap minggu nak makan daging salai. Cuma kesianlah kat suami sebab bila saya masak daging salai, setiap kali dia pergi terawikh nak terlelap katanya. Mengantuk. Santan+makan banyak rasanya. Hahahahahaha.

Apepun semuanya berbalik kepada air tangan isteri dan ibu. Jika sesuatu masakan dimasak dengan penuh kasih sayang insyaallah pasti menjadi dan sedap!

Thursday 2 August 2012

Beef tortila

Masuk waktu bersahur, bila buntu memikirkan apa yang hendak dimakan memang inilah yang akan saya buat. Beef tortilla. Cepat mudah lazat dan paling penting mengenyangkan. Bukan sahaja dinikmati ketika bersahur, malah semasa berbuka ataupun semasa pulang dari terawikh. nyum-nyummm..



Bahan-bahan

4 keping tortilla original (saya juga jenama mission beli kat cold storage)

Inti:
2 keping daging burger (saya guna darabif, sangat sedap ok!)
Salad (hijau+purple)
mayonis secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
BBQ sos secukupnya

Cara-cara:

1. Panaskan non-stickpan, masukkan tortilla, Panaskan seminit, kemudian terbalikkan dan panas lagi seminit dengan api perlahan. (arahan di packet tortilla tu pun ada rasanya)
2. Grillkan daging burger sehingga masak. Apabila sudah masak, potong memanjang daging tersebut. Lebar daging lebih kurang satu inci.
3. Letakkan tortilla, susunkan salad, masukkan daging burger dan juga mayonis, thousand island dan juga sos BBQ. Kemudian gulung mengikut kreativiti masing-masing. (kalau tak reti gulung, kat packet tortilla dia tunjukkan cara-caranya.
4. Potong tortilla yang telah digulung kepada dua bahagian dan sedia untuk dinikmati
.


Mudahkan? Selamat mencuba :)

*** daging tu boleh juga tukar dengan nugget, ataupun ayamas chicken popcorn. Ikut selera masing-masing ya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...