Thursday 29 November 2012

sudah 500 orang??? terima kasih

Oh rupanya sudah mencapai 500 orang follower dari dapur kecah. Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan follow dapur saya ini. saya sangat hargainya :)

 

Apepun buat masa sekarang dari dapur kecah kurang sikit berasap, sebab mamayong dah tak berapa rajin masuk dapur. Kalau masuk pun masak yang simple saja seperti sayur air, singgang, sup, stim. Tak ada lagi baking-baking dan sebagainya. Tunggu mama yong lepas bersalin ya. Insyaallah. Tambahan pula mamayong sekarang kena diet sebab berat badan naik mencanak-canak setiap bulan. 

Apepun terima kasih sekali lagi kerana sudi berkunjung ke sini. :)

Friday 2 November 2012

Ikan kerisi goreng bawang

Goreng ikan pun nak kena entrikan juga ke? hihihihi... Bukan apa, kadang-kadang cara kita buat garam kunyit pun dah berbeza. Saya sendiripun buat garam kunyit ikut jenis ikan. Untuk hari ini saya kongsikan cara buat garam kunyit untuk menggoreng ikan kerisi. 

 Bahan-bahan

2 ekor ikan kerisi 
3 ulas bawang merah 
1 sudu kecil cili boh 
sedikit kunyit 
sedikit garam 

cara membuatnya:

1. Ikan kerisi dibelah belakang, dibuang insang dan perutnya tetapi jangan disisik. Basuh bersih dan kemudian toskan. 
2. Ambil lesung batu dan tumbuk lumat bawang merah. Kemudian masukkan cili boh, kunyit dan garam. lenyek-lenyekkan dengan alu lesung sehingga sebati. 
3. Masukkan garam kunyit tadi kedalam ikan yang di belah belakang dan goreng hingga masak. Siap!!!!

 


Walllaaahhh.. inilah cara saya goreng ikan kerisi. ikan ini kalau kita goreng bersama sisiknya memang akan sangat sedap isinya, lembut dan juicy. Lebih-lebih lagi bahagian ekor. Tapi jangan pula makan sisiknya, nanti tercekik! heheheheehe 

Kalau saya, masak je ikan ini, terus potong ekor (lebih kurang dalam 2 cm) dan hisap isinya. sedap weh! Sebab tu kalau goreng ikan ini, bila dihidangkan jadilah ikan togel!

oh ya, selain ikan kerisi, garam kunyit ini sangat sesuai untuk dilumurkan pada ikan sardin (selayang) sedap! wangi! Tapi dia akan kelihatan hitam-hitam sikitlah ;)

 Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...