Thursday 20 March 2014

Bubur Siam - bubur nasi berlauk

Bubur nasi memang sering menjadi pilhan di rumah saya. Boleh dikatakan seminggu sekali pasti memasaknya. Tapi lauk akan saya pelbagaikan, mengikut selera pilihan.

Jom lihat resepinya

Untuk bubur nasi bahan-bahannya ialah
1 pot beras ( boleh ditambah atau dikurangkan)
10-15 ekor udang dibuang kulit serta dibelah belakang (boleh ditambah atau dikurangkan)
3 cawan air
1 ketul kiub ayam
Secubit garam


Cara membuatnya
Masak nasi bersama-sama udang sehingga mendidih. Kemudian masukkan kiub ayam dan secubit garam. Biarkan nasi masak sehingga menjadi bubur. Air boleh ditambah atau dikurangkan mengikut kepekatan bubur nasi yang diinginkan.

Paling penting untuk menikmati bubur siam ialah, bawang putih goreng. Cara membuatnya ialah.

1 labu bawang putih ditumbuk hancur. Kemudian goreng di dalam minyak sehingga kekuningan. Bawang putih tadi hendaklah diambil sekali dengan minyaknya.
Setelah semuanya siap, bubur nasi tadi boleh dihidangkan bersama-sama sayur, contohnya cendawan sos tiram, kailan ikan masing, sawi goreng dan sebagainya, bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Lauknya pula sangat sedap dinikmati bersama ikan bilis goreng, telur masin dan juga pekasam. Boleh juga hidangkan bersama ayam goreng kunyit, juga bergantung kepada selera masing-masing.

Cara menikmatinya pula ialah, hidangkan bubur nasi bersama-sama lauk dan juga sayur. Jangan lupa taburkan bawang putih goreng, daun sup, daun bawang dan gaul rata. Kalau anda sukakan masam, boleh perahkan limau nipis, kalau sukakan pedas boleh taburkan lada sulah, cili flakes ataupun hidangkan bersama cili potong.

Selamat mencuba

Wednesday 5 March 2014

Yee mee kungfu

Waaaachaaaa!!! eh eh.. tetiba keluar pulak bunyi wachaa ni. Almaklumlah, berkungfu di dapur menyiapkan yee mee kungfu ni. Wajibla ada sound effect, baru best disulami dengan bunyi sofea menangis, Zarin duk minta itu ini ditambah pula dengan bunyi senduk dan kuali berlaga! hahahahha.

Jom tengok resepi mee kungfu ni. 

BAHAN A
2 ketul yee mee (rendam air panas kejap)

BAHAN B (hiasan)
udang (dibuang kulit, belah belakang dan digoreng kunyit)
sawi dan carrot (dicelur)

BAHAN C (KUAH)
5 sudu besar sos tiram
4 ulas bawang putih (dicincang)
1 kiub ayam
1 biji telur (ambil putihnya sahaja)
3 sudu tepung jagung (dilarutkan di dalam air)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
air

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak didalam kuali dan masukkan bawang putih. Tumis bawang putih sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan kuah yang diperlukan. biasanya 3-4 gelas).
2. Apabila sudah mendidih, masukkan sos tiram dan kiub ayam, kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan garam dan tepung jagung, kacau lagi. Apabila telah pekat, masukkan putih telur juga masukkan sayur sawi dan carrot yang telah dicelur tadi. Dan kacau sehingga putih telur masak.  
5. Untuk menghidangkannya, masukkan yee mee ke dalam mangkuk, dan sususn udang diatasnya. Kemudian tuangkan kuah yang mendidih tadi diatasnya. Sedia untuk dinikmati.

Sangat sedap dimakan panas-panas dan tidak lupa cili potong! nyummmy!



Bila dah ada dua orang anak ni, masa memasak perlu cepat. Hingga anak dara saya si Sofea tu kalau mood tak elok, siap gantung kat kaki time mama tengah masak. Tak pun sama-sama duk kat dapur. Silap-silap jadi orang minyak (sebab dah tuangkan minyak masak setengah botol) ^_^ 

eh bercerita panjang pulak. Maklumlah dah lama berceloteh kat blog ni. serius kekangan waktu nak tulis resepi. Sebenarnya masih lagi masak, tapi malas nak shoot gambar. So layan sajalah gambar dari henfon ni. Walaupun tak secantik guna kamera gajah! 

Hingga ketemu lagi :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...